Persatuan Kebajikan Kaseh4u Malaysia

Projek KASEH4U ini mula dijalankan pada 9hb Nov 2013. ( Facebook : Projek Kaseh4u )

Projek ini terdiri daripada gabungan banyak pihak. Pn Normaliza Mahadi selaku founder bersama suami (En Niza Haniz bin Mustaffa) dan seisi keluarga serta sukarelawan dan ratusan dermawan.

Projek ini adalah untuk memberi makanan dan minuman kepada warga gelandangan dan juga golongan yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur. Makanan diedarkan di Medan Tunku, KL setiap hari Selasa pada jam 9.00 mlm. Makanan dimasak sendiri oleh keluarga founder dan sukarelawan untuk menjamin kebersihan dan juga penjimatan kos.

Bilangan warga gelandangan yang akan datang mengambil makanan adalah lebih kurang 400 – 450 orang setiap malam. Mereka adalah terdiri daripada bayi, kanak-kanak, orang dewasa dan warga tua yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan.

Kos purata projek setiap minggu adalah lebih kurang RM2500 hingga RM3000. Jumlah ini ada kalanya ditaja oleh orang perseorangan dan juga dermawan.

Projek KASEH4U
Setiap Selasa malam untuk memberi makanan dan minuman percuma kepada 450 orang warga yang memerlukan di Medan Tunku, KL.