Apa itu JomDerma™?

JomDerma adalah sistem kutipan derma online yang diwujudkan oleh Yayasan Pendidikan Khalifah untuk membantu institusi berdaftar seperti sekolah, masjid, surau, badan kebajikan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO ) menerima sumbangan derma dari seluruh negara, di samping menerima sumbangan melalui saluran yang sedia ada.

Kebaikan JomDerma kepada Penderma

  • Menderma secara online, mudah dan selamat. Boleh dilakukan pada bila-bila masa, 24 jam.
  • Boleh memlih untuk salurkan derma ke pelbagai jenis institusi.
  • Setiap institusi tersenarai telah melalui proses pengesahan terlebih dahulu.
  • Mendapat resit untuk setiap transaksi derma online.
  • Sumbangan derma yang dibuat akan terus disalurkan kepada akaun bank institusi yang berdaftar.

Kelebihan sertai Platform JomDerma

Sistem ini akan membantu meningkatkan hasil kutipan derma, kerana penderma boleh menderma walaupun berada di mana sahaja.
Derma online boleh dilakukan melalui smartphone, tablet atau komputer mereka.

Kelebihan JomDerma untuk institusi :

  • Tiada kos pendaftaran.
  • Tiada yuran bulanan / tahunan.
  • Membantu tingkatkan hasil kutipan derma.
  • Proses penerimaan derma yang cepat dan selamat.
  • Hasil kutipan terus dimasukkan ke akaun bank institusi.
  • Menerima derma dari penderma tanpa batasan negeri atau masa.
  • Laporan akaun penerimaan derma akan di-email secara bulanan.
  • Setiap Institusi akan diberikan satu website link khusus untuk menerima derma.
    ( institusi boleh promosikan link ini di papan tanda, banner, iklan untuk meningkatkan potensi kutipan )